Thursday, August 30, 2018

Nadi Teknologi Cip Sony dalam telefon Apple Samsung dan LG

Nadi Teknologi Cip Sony dalam telefon Apple Samsung dan LG


Assalamualaikum.
whoa..tajuk dia memang highlight la sebab masa aku baca tajuknya aje, aku tertarik nak baca.
aku tak pernah tahu pasal perkara ni
Cip Sony dalam telefon Apple, Samsung, LGSONY membantu pembangunan teknologi cakera padat, sudah meraih hampir satu pertiga daripada pasaran bernilai AS$7.6 bilion bagi peranti pengimbas berkuasa rendah yang bertujuan untuk mendapatkan rakaman gambar yang sangat jelas. - Foto Bloomberg
Tokyo: Sony Corp mempunyai produk terbaik yang mana Apple Inc, Samsung Electronics Co dan LG Electronics Inc lebih daripada gembira untuk membantu menjualnya kepada pelanggan masing-masing. 

Teknologi terkini Sony itu bukanlah peranti seperti Walkman atau PlayStation. Sebaliknya, ia adalah sejenis cip yang ditemui dalam setiap telefon pintar dan kamera berprestasi tinggi. iPhone 5 dan 4S menggunakannya dan begitu juga telefon utama Galaxy S4 Samsung serta G2 keluaran LG, mengikut penganalisis. 


Syarikat itu yang sebelum ini membantu pembangunan teknologi cakera padat, sudah meraih hampir satu pertiga daripada pasaran bernilai AS$7.6 bilion bagi peranti pengimbas berkuasa rendah yang bertujuan untuk mendapatkan rakaman gambar yang sangat jelas. 


Sony merangsang pendapatannya daripada segmen cip sebanyak kira-kira 30 peratus tahun lalu ketika Ketua Eksekutif, Kazuo Hirai cuba meningkatkan sumbangan bahagian elektronik selepas perniagaan televisyennya mencatat kerugian berterusan dalam sembilan tahun. 

�Sony menyapu bersih peningkatan permintaan (produk cip),� kata Yasuo Nakane, penganalisis di Deutsche Bank AG di Tokyo. 

Kebergantungan pesaing dengan komponen Sony bukanlah perkara baru, kerana syarikat itu membekalkan alat separa konduktor kepada pengilang lain. Kira-kira 80 peratus pengimbas imej dikeluarkan Sony dijual kepada syarikat lain, kata Masahito Takeda, seorang jurucakap bagi Sony. 

Sebahagian besar daripada 10.9 bilion yen (AS$111 juta) keuntungan operasi suku lalu bagi bahagian peranti Sony dijana penjualan cip. Penghantaran global bagi pengimbas imej berkemungkinan tumbuh kepada 3.14 bilion unit dalam tempoh satu suku lagi pada tahun ini. 
Sony enggan mendedahkan syarikat yang membeli cip atau harganya. Sony ada dinyatakan sebagai antara pembekal dalam laman web Apple, tetapi tidak disebut komponen yang dibekalkan Sony. Sony juga adalah pembekal kepada Samsung. 

Pengimbas yang dikeluarkan Sony dijual pada purata harga AS$7.30 (RM24.30) setiap satu, hampir empat kali ganda daripada AS$1.93 yang dijual Samsung untuk cip hampir sama, bersandarkan kepada unit jualan pada 2012 dan unjuran pendapatan daripada Techno Systems. 

Sony, pembuat telefon pintar Xperia tidak berada dalam senarai vendor utama pada suku lalu ketika jualan global bagi unit itu melonjak kira-kira 47 peratus kepada 225 juta, kata Gartner Inc pada 14 Ogos lalu. Samsung, Apple dan LG dalam senarai tiga jenama utama, mewakili kira-kira 51 peratus daripada pasaran global. 

Versi terkini cip yang digunakan dalam telefon pintar Xperia Z adalah lebih kecil berbanding versi terdahulu dan merakamkan imej dalam cahaya rendah atau cahaya latar belakang yang kuat. 

Sony mereka cip berlainan untuk pelanggan berdasarkan litar mengikut spesifikasi pembeli. Cip itu digunakan dalam iPhone 4 dan 4S serta Galaxy S4, menurut penyelidikan daripada SMBC Nikko Securities. - Bloomberg


petikan ; Berita Harian Online 01 Sept. 2013

visit link download

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.