Tuesday, July 10, 2018
Kertas Soalan UPSR Bocor Kelemahan Sistem Pendidikan di Malaysia
Kertas Soalan UPSR Bocor Kelemahan Sistem Pendidikan di Malaysia
Assalamualaikum.
Dalam minggu ini sahaja, Malaysia dikejutkan dengan berita kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor. Antara situasinya yang menarik minat aku;
- kertas soalan Sains dicetak dalam akhbar tempatan pada hari peperiksaan subjek tersebut.
- kertas Bahsa Inggeris bocor
- pelajar perempuan tidak dapat menunaikan hasratnya untuk ke Amerika Syarikat bagi menghadiri suatu acara yang mana pelajar tersebut telah bekerja keras untuk menempatkan dirinya sebagai salah seorang dari delegasi yang akan berkunjung kerana peperiksaan ulangan akan dijalankan pada 30 September 2014 iaitu sehari selepas tarikh pulangnya delegasi tersebut.
- Ibu bapa kecewa kerana kertas soalan bocor dan peperiksaan ulangan perlu dijalankan atau ditunda atau ditangguhkan.
- Pengarah, timbalan pengarah operasi LPM digantung tugas
kenapa aku kata perkara sebegini menarik minat aku?
kita semua tahu bahawasanya negara kita, Malaysia ini mengamalkan atau mempraktikkan sistem pendidikan berlandaskan peperiksaan jika aku terjemahkan the exam-oriented system secara harfiahnya. aku tidak pasti kenapa kita mengamalkan dasar sebegitu rupa, mungkin kesan daripada penjajahan British (Malaysia merupakan negara Komanwel-bekas jajahan British) dan di Britain sana, exam-oriented system sangat-sangatlah dititikberatkan berbanding dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat mahupun Australia yang lebih berpaksikan kepada student-assessment system atau self-assessment system (penilaian berdasarkan prestasi/kerja pelajar dan bukan berdasarkan teori atas kertas semata-mata).
exam-oriented system vs student-assessment system
melihat pada perkataannya sahaja kita boleh agak bahawa diatas merupakan dua sistem berbeza. mengikut apa yang difahami secara ringkasnya, exam-oriented ialah seperti Malaysia. Malaysia mempunyai beratus-ratus ujian yang berdasarkan teori. Sebagai contoh, UPSR, PMR (yang telah dimansuhkan), PT3, SPM, ujian bulanan di peringkat sekolah yang secara amnya yang tertumpu pada pengetahuan teori para pelajar tapi tidak pada pengetahuan atau kebolehan praktikal pelajar tersebut. Memanglah pembelajaran amali sains, fizik dan sebagainya menjadi bukti solid bahawa para pelajar mempunyai kredibiliti dalam melaksanakan dua tugas yang berbeza namun di sebalik realitinya, hanya Tuhan yang tahu hakikatnya.
Student-assessment system dikatakan penilaian prestasi pelajar itu lebih tertumpu kepada kebolehan praktikal dan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah dalam realiti. Istilah realiti disini aku gunakan bagi menggambarkan apabila pelajar perlu menganggap dirinya sebagai mereka yang sudah berkerjaya dan mereka perlu mengetahui cara yang sebetulnya sekiranya menghadapi situasi yang genting dan sebenar dan wujud dalam kehidupan, bukan setakat penggunaan logik akal sahaja. Sebagai contoh, sekiranya pelajar itu merupakan pelajar jurusan kejuruteraan, sistem sebegini amatlah membantu pelajar bagi menghadapi the real-life situations kelak.
meurut sumber, pelajar perubatan yang menuntut di India, Ireland lebih cekap menguruskan situasi sebenar di hospital mahupun bilik bedah berbanding pelajar peerubatan di United Kingdom. Hal ini membuktikan dengan lebih jelas lagi bahawa self/student-assessment system lebih baik dari exam-oriented system.
siapa yang perlu dipersalahkan?
Siapa atau apa yang sebenarnya perlu dituding jari? Ekoran kebocoran soalan UPSR, pengarah dan timbalan pengarah operasi LPM digantung tugas. Ibu bapa turut menyuarakan perasaan hampa mereka berikutan insiden begini terjadi.
Pada pendapat aku, sistem berlandaskan peperiksaan ini tidaklah bersalah kerana ia merupakan sistem yang dicipta oleh manusia. Dikaitkan disini bahawa manusia itu sifatnya lemah dan selalu melakukakn kesilapan, inikan pula sistem ciptaan mereka.
sistem sebegini jika di United Kingdom amatlah tegas pemantauannya sehinggakan untuk terjadinya kesilapan dalam sistem ini dikatakan sesuatu yang amat mustahil. sebagai contoh, Cambridge International Examination (CIE) Board. Dikatakan jika kita ingin menyemak semula keputusan peperiksaan kita, kemungkinan untuk grednya berubah amatlah tipis berbanding dengan sistem semak semula di Malaysia. Hanya bayar sejumlah wang, mereka yang digred E akan menjadi gred A. Ini juga membuktikan masih terdapat kelemahan yang nyata dalam sistem pendidikan atau peperiksaan di Malaysia.
sebenarnya, aku rasa saban tahun kertas soalan peperiksaan utama di Malaysia akan mengalami situasi sebegini, yang berbeza kali ini hanyalah publisitinya sahaja dan magnitud kebocoran kertas soalan kali ini dikatakan agak besar, tambahan pula dihebahkan melalui laman sosial serta media sosial.
Aku pernah menduduki peperiksaan UPSR dan pada tahun tersebut, peristiwa soalan bocor agak berleluasa tapi tiada peperiksaan ulangan dijalankan. Aku masih ingat, sebelum kertas 2 Bahasa Inggeris bermula, kami diberi rehat sebentar dan cikgu aku memanggil pelajar kelas kami dan memberi tips apa yang perlu dibuat jika soalan ditanya sebegini rupa. akhirnya, itulah soalan sebenar UPSR kami tahun tersebut.
mungkin pada masa itu cara cikgu memberi soalan bocor agak terselindung niatnya dan berbeza pada kali ini. Pada waktu itu juga media sosial atau laman sosial tidak menjadi platform penting digunakan oleh pelajar.
Dipendekkan cerita, aku secara amnya berpendapat bahawa perkara ini terjadi ekoran kelemahan sistem pendidikan di Malaysia serta seperti yang dinyatakan diatas.
Satu perkara yang bagus tentang sistem pendidikan di Malaysia adalah ia adil untuk semua pelajar meskipun penilaian yang dibuat kadang-kadang tidak tepat. Sistem pendidikan kita membolehkan pelajar untuk memperlengkan diri dengan kemahiran praktikal mahupun teori semata-mata mengikut kecenderungan pelajar tersebut.
ini hanyalah pendapat aku semata-mata kerana menjadi hak manusia untuk bersuara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.